Bicara

"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan." Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan kepribadian Siti Khadijjah r.a.,istri pertamanya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan diri berkorban demi kejayaan Islam.

9/03/2006

Bahasa

Yang Kurik itu Kendi, Yang Merah itu Saga. Yang baik itu budi, yang
indah itu bahasa. Itu kata-kata orang Melayu lama. Dah jadi peribahasa.
Menuntut kita agar menggunakan bahasa yang baik, dalam apa jua tujuan dan
niat kita. Sebagai seorang Islam, bukan adat yang jadi piawaian
perbuatan kita tetapi hukum syarak. Setiap kali mendraf surat kepada badan
kerajaan atau urusan rasmi yang perlu menggunakan bahasa malaysia, kita
menggunakan ayat seperti "perkara di atas dan perbincangan/perbualan
telefon...dengan...pada...dengan segala hormatnya adalah dirujuk ". Jika
anda sebagai penerima surat atau emel begini, pasti anda merasa sejuk
berbanding isi surat yang terus kepada niat tanpa dimulai dengan
mukaddimah yang 'menjalin hubungan baik antara penulis dan audience'.

Bahasa – sebagai uslub berkomunikasi sebenarnya amat penting.
Adakalanya, tatabahasa orang itu berterabur tetapi disebabkan tujuan kita
bercakap adalah untuk berkomunikasi, maka nahu bersepah itu tidak menjadi isu
selagi pemilihan perkataan dilakukan dengan baik. Maka, cara kita
berbahasa juga perlu dititik-beratkan. Anda bayangkan jika anda menulis
kepada mana-mana pihak untuk meminta bantuan, minta penjelasan, minta
sokongan atau apa jua tujuan – tetapi menggunakan bahasa yang kasar,
dapatkah pihak penerima surat/mesej anda tadi melayani anda dengan baik dan
dengan segera? Ya, sesetengah pihak mengatakan isi atau mesej itu lebih
utama dari cara ianya disampaikan tetapi adakah anda berharap semua
orang akan berfikiran rasional begitu? Paling tidak, orang akan berkata –"
Dah nak minta tolong tu tak boleh ke cakap elok sikittttttt..".

"Dan kalimat yang baik adalah (merupakan) sedekah." (HR. Al-Bukhari)

"Jagalah diri kalian dari api neraka walau hanya dengan separuh buah
kurma dan kalau kalian tidak memilikinya, maka dengan kalimat yang baik."
(HR. Al-Bukhari)

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka hendaklah
berkata yang baik atau diam." ( HR. Al-Bukhari-Muslim)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam
pernah memberitahukan bahwa di Syurga ada kamar yang bahagian luarnya
tampak dari dalam dan bahagian dalamnya tampak dari luar. Ketika
ditanyakan untuk siapakah kamar itu, maka Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam
menjawab,

"Bagi orang yang memperbagus ucapannya , memberikan makan, dan bangun
(shalat) malam ketika orang sedang tidur." (Shahih riwayat Ath-Thabrani
dan Al-Hakim)

Sebagai manusia, antara faktor yang mendorong kita melakukan sesuatu
perkara dengan sesungguhnya adalah bila kita meletakkan perasaan kita
didalam perkara itu. You are emotionally involved in the matter. Kesedihan
melihat orang yang compang-camping meratah siput babi tanpa pembelaan
dari pemerintah yang hanya gah mengwar-warkan falsafah 'cemerlang,
gemilang, terbilang' ~ akan membawa kita kepada mencari suatu sebab utama
(root of the problem) yang dapat menyelesaikannya secara tuntas, once
and for all. Bayangkan jika kita dihadapkan dengan suatu isu dengan
bahasa yang sudahlah rojak, memaki-hamun pula. Jika anda dapat tahu
penulisnya, masih okay lagi. Anda mungkin boleh menghubunginya secara peribadi
untuk menasihatinya tetapi jika penulis hanya menggunakan nama samaran
yang anda tidak dapat memastikan secara soheh siapakah dia, maka anda
hanya boleh menggunakan mekanisme umum ~ yang tidak dapat ditujukan
secara khusus kepada 'orang itu'.

Bahasa dan Dakwah

Ayat dakwah berhikmah - surah An-Nahl ayat 125 – ud'u ilaa sabiili
robbika bil hikmah. Serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara hikmah mungkin dah
tersimpan di dalam SIMCard di otak anda. Dah khatam 17kali. Fakta yang
tepat. Hujah yang mantap. Dalil yang terang dan jelas. Penjelasan yang
tuntas. Semua ini dan banyak lagi – yang menjadi fakta sokongan untuk
menguatkan hujah anda masih kurang berkesan jika anda tidak menggunakan
bahasa yang baik. Bahasa yang merapatkan jurang antara penulis dengan
audience. Kita melihat banyak posting yang mana isinya tidaklah semuanya
perlu dihantar kepada Alam Flora untuk tujuan pelupusan – akan tetapi
kurang diendahkan disebabkan faktor bahasa itu.

Anda mungkin memiliki ilmu yang hebat, yang dapat disaksikan
berdasarkan rincian anda tentang isu yang dibahaskan. Anda merujuk kepada petikan
ayat quran, hadis, tafsiran ulamak, dll, akan tetapi jika ayat-ayat
yang anda kemukakan tidak disusun dengan sedemikian rupa agar ujud
"pertalian aqidah yang sama" dengan audience anda, bawalah sebanyak mana fakta
dan statistik untuk menyokong hujah anda, audience akan merasa muak dan
menghantar posting anda ke Recycle Bin. Sadly, it is still happening
and rampant. Sebagai da'ie – anda mungkin telah memiliki bergulung-gulung
ijazah dalam bidang syariah dsb. Ilmu anda sangat berguna kepada orang
lain yang terkapai-kapai tidak tahu beza Islam Hadhari dan Islam
Syumul/Kaffah. Tetapi jika bahasa yang anda pilih tidak disusun dengan baik
sehingga audience merasa 'selesa' membaca posting anda, ia lebih
mengundang kekeliruan, kebencian dan fitnah. Paling worse, nama gerakan atau
parti yang anda sertai atau sokong turut sama terpalit sungguhpun anda
tidak mewakili mereka tetapi menulis atas kapasiti individu. Saya yakin,
anda tidak mahu menjadi nila yang merosakkan susu sebelanga.

Ada juga orang yang berpendapat bahawa kata-kata Saidina Ali iaitu
unzhur maa qiila, laa tanzhur ma qaala – lihat apa yang dikata, bukan lihat
siapa yang mengata bermakna ia 'menghalalkan' bahasa yang kita gunakan
asalkan 'maksud/tujuan' tercapai. Jika ini betul, bermakna kita bebas
menghantar SMS misteri atau surat layang kepada mana-mana pihak tanpa
sikap bertanggung-jawab ( accountable) atas pegangan anda. Jika anda
seorang da'ie – adakah ini sikap yang betul iaitu matlamat menghalalkan
cara? Adakah menulis surat layang atau SMS misteri itu berjaya membawa
anda kepada matlamat iaitu sababiyah (cause-effect) untuk mencapai
matlamat akhir (ultimate intention)? Adakah menggunakan bahasa yang baik
dengan nahu dan tatabahasa yang tersusun menjejaskan keupayaan penerima
mesej untuk mengambil tindakan susulan, tindakan pembetulan (corrective
action)??? Bukankah makanan yang lazat menjadi lebih menyelerakan jika
diletakkan di dalam bekas yang cantik siap dengan gubahan dan aksesori?
Bayangkan makanan yang sedap diletak dalam tempurung yang kotor. Dikala
makan menjadi wajib, anda akan makan jika alternatif lain ialah babi
(khinzir) tetapi jika ada pilihan, anda pasti meninggalkannya.

Amar ma'ruf nahy munkar adalah satu tuntutan bukan satu pilihan ( not
an option) sekiranya anda serius untuk menyertai "Kelab Muflihuun"
(orang-orang yang beruntung/berjaya – surah 3: 104/110). Akan tetapi, hasil
akhir iaitu samada usaha anda berjaya atau tidak bukan terletak di
tangan anda kerana ia adalah hak prerogatif Allah selaku Pemberi Hidayah. "
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang
yang kamu cintai sekalipun, tetapi Allahlah yang akan memberikan petunjuk
kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki" (Surah Al Qasas:56) Usaha
yang dituntut dari seorang da'ie yang tahu bahawa melakukan amar ma'ruf
nahy munkar bukan satu pilihan adalah memastikan dia mengambil
langkah-langkah sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah anNahl ayat 125 itu
agar dakwahnya berjaya menembusi pemikiran dan perasaan target
dakwahnya, bukan hanya untuk menang hujah apatahlagi memberitahu seluruh alam
betapa hebatnya dia memuntahkan idea@ berhujah. Dari Abu Umamah Al-Bahili
Radhiallaahu anhu , dari Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam baginda
bersabda,

"Aku menjamin rumah di tepi syurga bagi siapa saja yang meninggalkan
miro' (perdebatan) walaupun ia berada di pihak yang benar."

Ingatlah, jika menang hujah menjadi niat kita, dakwah itu tidak akan
kemana sebaliknya akan lebih mengundang fitnah sekiranya identiti yang
anda rahsiakan itu terbongkar (sekiranya anda merahsiakan identiti anda)
dan pada ketika itu, adakah anda mahu menjadi seekor burung kasawari
yang menyembunyikan kepalanya di dalam tanah setiap kali ujud ancaman?

Marilah kita bertanyakan diri sendiri secara jujur apakah matlamat
dakwah dan aktiviti amar ma'ruf nahy munkar yang kita buat? Jawablah dengan
jujur adakah kita telah menggunakan uslub terbaik hingga Islam itu
meniti dari bibir ke bibir? Adakah kita hanya ingin mempamerkan kehebatan
kita mengukir ayat, sajak atau puisi – semata-mata untuk kepuasan
peribadi dan pujian dari orang lain? Adakah kita hanya menulis sesuatu yang
lahir dari emosi hanya kerana sikap kita (pre-conceived idea) pada
sesetengah pihak?

Tulisan panjang lebar di atas ini adalah peringatan kepada diri sendiri
supaya tidak menulis sesedap rasa sebaliknya menggunakan kesempatan,
uslub dan wasilah yang dimiliki untuk menyampaikan walau satu ayat (hadis
dari Abdullah bin Umar) dengan cara paling baik hingga dapat mencapai
matlamat ini:-

• Dapat membuat orang lain yang mendengar senang dan menjadikan hatinya
luluh.

• Memberikan pengaruh yang besar kedalam jiwa orang yang mendengarnya.

• Membuahkan efek positif dan tindakan yang baik dalam segala keadaan,
dengan izin Allah.

• Dapat membuka pintu-pintu kebaik-an dan menutup pintu-pintu
keburukan.

Berdakwahlah dengan cara terbaik tetapi bukan semata-mata untuk menjaga
imej diri sebagai da'ie, menjaga imej parti atau gerakan yang kita
sertai – tetapi ia adalah kepatuhan kepada hukum syarak yang menjadi
prasyarat untuk menghasilkan akhlaq yang baik.

Sepuluh jari saya susun jika bahasa yang dipilih tidak sesuai dan
menyinggung perasaan mana-mana pihak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home